Pontianak vs Orang Minyak - 22 Nov 2012
Vision Works (M) Sdn Bhd
Ismail Holdings
Film Director : Adflin Shauki
Sinopsis :-
Ponti dan Omi merupakan dua ekor hantu yang baru berjinak-jinak dalam
dunia hantu. Ponti merupakan seokor pontianak lelaki yang pertama kerana
sebelum ini urusan menjadi pontianak hanya dipelopori oleh wanita. Omi
merupakan seorang anak teruna yang kehilangan punca dan kasih sayang
daripada masyarakat. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk bersahabat
dengan lembaga hitam yang menjadikan beliau orang minyak.
Oleh kerana
mereka masih baru dalam dunia hantu, mereka di ajar oleh hantu yang
lebih berpengalaman(otai) untuk menjadi hantu yang lebih berjaya.
Sebagai satu ujian, mereka secara kebetulan telah di hantar ke sebuah
kampung yang sama untuk menguji kehebatan mereka dalam menakutkan orang
kampung tersebut dan mereka bermusuhan. Kampung tersebut bernama Kampung
Puaka.
Penduduk Kampung Puaka sudah lali denga gangguan daripada
makhluk halus seperti Ponti dan Omi. Oleh itu, mereka sedikit pon tidak
gentar apabila berhadapan dengan makhluk dari alam berkenaan.
Suatu
hari, terdapat sebuah keluarga baru berpindah ke kampung tersebut.
Keluarga ini tidak biasa dengan gangguan makhluk halus. Keluarga
tersebut terdiri daripada seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang
anak. Ini adalah peluang terbaik untuk Ponti dan Omi menjalankan tugas
mereka menakutkan keluarga tersebut. Ketika ini, Ponti dan Omi
menunjukkan kehebatan masing-masing untuk memastikan siapa yang lebih
menakutkan. Mereka bersaing sesama mereka sehingga segala cubaan untuk
menakutkan keluarga tersebut sering dipatahkan sesama sendiri tetapi
setiap kali mereka gagal,mereka juga menghancurkan sebahagian daripada
kampung itu. Mereka tidak pernah bersatu dalam usaha mereka itu walaupun
sebenarnya mereka mampu berbuat demikian.
Penghulu Rejab yang sudah
tidak tahan dengan kehancuran kampung puaka cuba meminta pertolongan
Pakok dan Hentak, dua orang yang pakar dalam bidang membunuh hantu.
Komuniti hantu kawasan Kampung Puaka marah dengan kehadiran Pakok dan
Hentak yang mengganggu hidup mereka. Satu pertempuran hebat telah
berlaku antara Kampung Puaka dan komuniti hantu kawasan Kampung Puaka.
Labels: ADFLIN SHAUKI, FILM 2012, TRAILER, VISION WORKS
0 Comments:
Post a Comment
terima kasih dah sudi berkomentar..
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home