November 28, 2012

LAGENDA BUDAK SETAN 2 - 29 NOV 2012

Astro Shaw Sdn Bhd
mempersembahkan


Film Director : Sharad Sharan
Director Of Photography : Mike Muschamp
Script : Ahadiat Akashah

Sinopsis:
LAGENDA BUDAK SETAN 2- KATERINA 

Sinopsis Sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. 

Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut.

Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis. Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. 

Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran. Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami gaynya menyentuh tubuhnya.. 

Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. 

Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. 

Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi... tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula..... Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya... 

end/-

Labels: ,

SEPAH THE MOVIE - 29 NOV 2012


PTV Films Productions Sdn Bhd
mempersembahkan

 
Film Director : Rosli Md Sharif
Director of Photography : Pali Yasir

Sinopsis:
Mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan motor cross. Mereka dikenali sebagai Sepah yang merupakan juara motor cross di sekitar Johor Bahru. 

Ayu Sofea, seorang gadis cantik yang bertugas sebagai trainer di kilang mereka bekerja. Pelbagai strategi, sketsa dan babak-babak yang diataur oleh bujang Sepah untuk memikat Ayu Sofea. Kegagalan Sepah untuk memenangi hati Ayu Sofea berpunca dengan kemunculan seorang pengurus baru dikilang tersebut iaitu, Based yang juga merupakan seorang pelumba motor cross dan mempunyai pasukannya sendiri. 

Situasi ini disedari oleh Sepah dan telah melahirkan sifat cemburu dan sakit hati yang akhirnya telah mencabar pasukan Based didalam suatu perlumbaan yang diadakan di ladang kelapa sawit. Jep mengalami kemalangan didalam perlumbaan tersebut dan mereka telah mendapat sindiran dari Based. Ayu Sofea menyedari Jep menyintainya. Tetapi Based lebih bijak mengatur strategi untuk memikat Ayu Sofea. 

Based telah mencabar Sepah berlumba sekali lagi di ladang kelapa sawit yang akhirnya telah mengundang kekalahan kepada Based. Tiga bujang Sepah mengambil peluang untuk kembali memikat hati Ayu Sofea terutama Jep. 

Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan Ayu Sofea? Apa yang terjadi kepada Based? Semuanya akan terjawab di dalam SEPAH THE MOVIE.

end/

Labels: ,

November 22, 2012

Pontianak vs Orang Minyak - 22 Nov 2012

Vision Works (M) Sdn Bhd
Ismail Holdings


Film Director : Adflin Shauki

Sinopsis :-

Ponti dan Omi merupakan dua ekor hantu yang baru berjinak-jinak dalam dunia hantu. Ponti merupakan seokor pontianak lelaki yang pertama kerana sebelum ini urusan menjadi pontianak hanya dipelopori oleh wanita. Omi merupakan seorang anak teruna yang kehilangan punca dan kasih sayang daripada masyarakat. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk bersahabat dengan lembaga hitam yang menjadikan beliau orang minyak. 

Oleh kerana mereka masih baru dalam dunia hantu, mereka di ajar oleh hantu yang lebih berpengalaman(otai) untuk menjadi hantu yang lebih berjaya. Sebagai satu ujian, mereka secara kebetulan telah di hantar ke sebuah kampung yang sama untuk menguji kehebatan mereka dalam menakutkan orang kampung tersebut dan mereka bermusuhan. Kampung tersebut bernama Kampung Puaka. 

Penduduk Kampung Puaka sudah lali denga gangguan daripada makhluk halus seperti Ponti dan Omi. Oleh itu, mereka sedikit pon tidak gentar apabila berhadapan dengan makhluk dari alam berkenaan. 

Suatu hari, terdapat sebuah keluarga baru berpindah ke kampung tersebut. Keluarga ini tidak biasa dengan gangguan makhluk halus. Keluarga tersebut terdiri daripada seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Ini adalah peluang terbaik untuk Ponti dan Omi menjalankan tugas mereka menakutkan keluarga tersebut. Ketika ini, Ponti dan Omi menunjukkan kehebatan masing-masing untuk memastikan siapa yang lebih menakutkan. Mereka bersaing sesama mereka sehingga segala cubaan untuk menakutkan keluarga tersebut sering dipatahkan sesama sendiri tetapi setiap kali mereka gagal,mereka juga menghancurkan sebahagian daripada kampung itu. Mereka tidak pernah bersatu dalam usaha mereka itu walaupun sebenarnya mereka mampu berbuat demikian.

Penghulu Rejab yang sudah tidak tahan dengan kehancuran kampung puaka cuba meminta pertolongan Pakok dan Hentak, dua orang yang pakar dalam bidang membunuh hantu. Komuniti hantu kawasan Kampung Puaka marah dengan kehadiran Pakok dan Hentak yang mengganggu hidup mereka. Satu pertempuran hebat telah berlaku antara Kampung Puaka dan komuniti hantu kawasan Kampung Puaka. 


Labels: , , ,

November 13, 2012

AJIBOY - 8 NOV 2012



Metrowealth Movie Productions
Presents



Director : Hashim Bob Ismail


* * *

Labels: ,

ISANTBUL AKU DATANG - 8 Nov 2012

Primeworks & Red Films
Presents




Director : Bernard Chauly

* * *

Labels: , , ,

October 26, 2012

Zaiton Sameon Ceritaku - 1 Nov 12

Bruang Pictures Sdn Bhd
Presents

Film Director : Esma Daniel

Read more ยป

Labels: , ,

Apa Celop Toqq - 25 Oct 12


Excellent Pictures Sdn Bhd
Presents



Film Director : Ahmad Idham

Labels: , ,